Bab Kecergasan Fizikal
1. Seseorang individu dikatakan mempunyai kecergasan yang baik sekiranya
A. tidak mempunyai penyakit kronik seperti penyakit jantung
B. dapat melakukan aktiviti harian tanpa mengalami sebarang kecederaan.
C. menggunakan tenaga yang maksimum ketika melakukan larian 800 meter
D. mampu melakukan aktiviti fizikal dengan menggunakan tenaga yang minimun tanpa cepat berasa letih atau lesu
2. Apakah fungsi jantung?
A. mengepam darah melalui sistem otot badan
B. membekalkan oksigen kepada sistem kardiovaskular
C. membekalkan glukosa kepada sistem perkumuhan badan
D. mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik
3. Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot dan membawa bahan kumuhan keluar dari otot.
Sistem kardiovaskular terdiri daripada,
A. ginjal, jantung dan perut.
B. jantung, pankeras dan limfa.
C. perut, usus, vena dan rangkaian arteri
D. rangkaian arteri, vena, jantung dan paru-paru.
4. Jari yang mesti digunakan semasa aktiviti mengira nadi ialah,
A. ibu jari dan jari telunjuk
B. jari hantu dan jari manis
C. jari hantu dan jari telunjuk
D. ibu jari, jari hantu dan jari telunjuk.
5. Aktiviti yang melibatkan pergerakan dari satu stesen ke satu stesen yang lain dikenali sebagai
A. latihan jeda
B. latihan litar
C. latihan Fartlek
D. latihan daya tahan otot.
6. Aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan dikenali sebagai
A. latihan litar
B. latihan Fartlek
C. latihan daya tahan otot
D. latihan jeda
7. Aktiviti aerobik berupaya meningkatkan daya tahan kardiovaskular, contohnya ........
A. bangkit tubi
B. larian pecut
C. tekan tubi
D. lompat tali untuk jantung
8. Setiap kali selepas melakukan sesuatu aktiviti, seseorang atlet perlu
A. merehatkan badan
B. menyejukkan badan
C. memanaskan badan
D. merenggangkan badan
9. Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa?
A. Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang minimum
B. Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang maksimum
C. Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang minimum
D. Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang maksimum.
10. Berikut merupakan bukan faedah yang diperolehi daripada latihan kecergasan.
A. berasa sihat
B. kelihatan menarik
C. mengurangkan waktu pembelajaran
D. menikmati kehidupan yang sempurna
11. Latihan lari jarak jauh dapat mengembangkan komponen kecergasan.....
A. kelenturan
B. kepantasan
C. kekuatan otot
D. daya tahan kardiovaskular
12. Aktiviti tekan tubi bertujuan menguji
A. imbangan
B. kelenturan
C. daya tahan otot
D. daya tahan kardiovaskular
13. Latihan ini mengandungi beberapa jenis aktiviti yang berbeza di setiap stesen. Masa untuk melakukan aktiviti di setiap stesen ditetapkan.
Apakah nama latihan tersebut?
A. latihan litar
B. latihan jeda
C. latihan Fartlek
D. latihan beban
14. Prinsip utama dalam pencegahan kecederaan sukan ialah
A. pemeriksaan kesihatan
B. mematuhi peraturan keselamatan
C. memanaskan badan dan menyejukkan badan
D. melakukan aktiviti secara ansur maju
15. Berlaku hipertrofil kardiak hasil dari penebalan dinding ventrikel kiri. Adaptasi fisiologi ini berupaya....
A. melambatkan kadar nadi pemulihan
B. menurunkan kapilarisasi di otot-otot
C. meningkatkan kadar nadi rehat (KNR)
D. meningkatkan kadar pengepaman darah beroksigen
16. Dalam Ujian Daya Tahan Tenaga Asas (UDTA) aktiviti larian 1500 meter bertujuan menguji
A. kuasa
B. kekuatan
C. daya tahan otot
D. daya tahan kardiovaskular
SKEMA JAWAPAN
1. D
2. D
3. D
4. C
5. B
6. B
7. D
8. D
9. B
10. C
11. D
12. C
13. A
14. B
15. D
16. D