Tanggungjawab Sosial adalah komitmen, kewajiban individu, anggota masyarakat atau syarikat untuk secara sukarela menyumbang kepada masyarakat yang lebih adil dan melindungi alam sekitar tanpa menjejaskan kelestariannya.
Tanggungjawab sosial berpunca dari keperihatinan pihak individu, pihak berkuasa awam dan institusi terhadap kerosakan atau kesan negatif terhadap alam sekitar akibat pembangunan dan kegiatan ekonomi.
Tanggungjawab sosial ini merupakan suatu usaha tidak wajib kepada individu atau organisasi sebab tidak ada kekuatan hukum tetapi ianya merupakan suatu usaha atau sikap kebertanggungjawaban moral kepada semua individu untuk merasa bangga dan kepuasan bila melakukan tanggungjawab tersebut tanpa memikirkan ganjaran kewangan.
Tanggungjawab sosial tidak boleh diabaikan, kerana amat wajar setiap individu, masyarakat, institusi serta organisasi mengambil sikap matang dengan memupuk serta menyemaikan amalan bermoral ini demi menjadikan warganegara yang perihatin dan mempunyai semangat tanggungjawab sosial.
Dalam usaha untuk memupuk serta menyemaikan amalan tanggungjawab sosial ini dikalangan masyarakat, kerajaan telah mewajibkan setiap individu mempelajari dan memahami apakah konsep, peranan serta kesan negatif dan positif tanggungjawab sosial ini terhadap alam sekitar amnya dan ekonomi negara. Tanggungjawab sosial telah dimasukkan dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral di sekolah.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tanggungjawab sosial, serta boleh dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid, sila tontonti video melalui pautan di bawah.
Sila klik link di bawah 👇untuk keterangan seterusnya.