Salam sejahtera semua. Sejak mata pelajaran Sejarah menjadi salah satu mata pelajaran yang WAJIB LULUS dalam peperiksaan awam di sekolah Menengah, ramai yang tercari-cari soalan popular untuk dijadikan bahan ulangkaji dan praktis kendiri sebagai persiapan menghadapi peperiksaan awam tersebut. Di sini disediakan contoh-contoh soalan dengan teknik penyoalan yang berbeza daripada topik-topik popular untuk dikongsikan sebagai persiapan semua.
Manfaatkanlah , semoga berjaya.
BAB
|
TAJUK / SOALAN
|
3
|
TAJUK : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
|
|
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah maksud realpolitik
[1 markah]
(b) Berikan dua amalan realpolitik yang dilakukan oleh Otto Eduard von Bismarck untuk membina negara bangsa Jerman.
[2 markah]
(c) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Camillo Benso
de Cavour untuk menyatukan negara bangsa Itali.
[2 markah]
(d) Apakah hujah yang boleh anda kemukakan untuk membuktikan bahawa pembinaan negara
Islam Madinah
bukan berasaskan amalan realpolitik ?
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah pembinaan negara Malaysia dianggap
unik ?
[3 markah]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan usaha yang dilakukan oleh Count Camillo Benso de Cavour untuk menyatukan
negara bangsa Itali.
[8 markah]
(b) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah bukti yang menunjukkan bahawa pembinaan negara
Islam Madinah tidak berasaskan amalan realpolitik ?
[6 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah keunikan yang terdapat dalam pembinaan negara
Malaysia ?
[6 markah]
|
3
|
TAJUK : WARISAN NEGERI MELAYU
|
|
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah syarat yang membolehkan seseorang itu ditabalkan menjadi Terengganu ?
[2 markah]
(b) Nyatakan bidang kuasa Sultan Terengganu.
[2 markah]
(c) Berikan dua ciri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.
[2 markah]
(d) Apakah syarat untuk menjadi Jemaah Menteri Johor ?
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tugas menteri ?
[3 markah]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan persamaan kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dengan
Undang-Undang Tubuh Negeri
Terengganu.
[8 markah]
(b) Jelaskan Sistem Jemaah Menteri yang dibentuk oleh Sultan Muhammad II di Kelantan.
[6 markah]
(c) Berdasarkan kajian anda, mengapakah sistem pentadbiran Negeri Sembilan yang
berasaskan Adat Perpatih
mempunyai ciri amalan demokrasi ?
[6 markah]
|
Soalan-soalan dari topik seterusnya akan dipostkan kemudian.