Showing posts with label nota. Show all posts
Showing posts with label nota. Show all posts

Saturday, 7 October 2023

Contoh Folio atau Pendokumentasian Projek RBT

 Salam sejahtera. 

Dikongsikan contoh penulisan Folio atau membuat Pendokumentasian bagi projek mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Sila klik pada link di bawah ๐Ÿ‘‡untuk melihat contohnya.

Folio atau Pendokumentasian Projek RBT

Sunday, 1 October 2023

Pendokumentasian RBT Berasaskan Projek

Salam sejahtera. Disertakan contoh membuat pendokumentasian berasaskan projek untuk rujukan. Ini hanya panduan bagi memudahkan serta membuka minda murid-murid untuk membuat pendokumtasian berasaskan projek. Boleh diubahsuaikan mengikut produk yang anda buat.

Sila klik link di bawah ๐Ÿ‘‡untuk melihat. Terima kasih/p>

Contoh Menulis Pendokumentasian/Folio Berasaskan Projek

Monday, 3 July 2023

RBT Tingkatan 3 2.1.2 Pemilihan Teknologi Yang Sesuai untuk Produk Yang Dihasilkan

Penghasilan Produk merupakan aktiviti membangunkan suatu produk baharu atau mengubahsuai produk sedia ada dipasaran dengan mengaplikasikan teknologi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. 

Penghasilan produk sama ada produk dalam bentuk barang atau perkhidmatan mesti dirancang dengan sistematik dan melibatkan beberapa langkah utama seperti, Kajian keperluan pelanggan, Penyelesaian masalah inventif, Projek Brief, Pemilihan teknologi yang sesuai dan sebagainya. Langkah langkah ini sangat penting bagi memastikan produk yang akan dihasilkan nanti benar-benar dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dari aspek reka bentuk dan kefungsiannya.

Di sini disertakan link untuk nota RBT Bab 2 2.1.2 Pemilihan Teknologi Yang Sesuai untuk Produk yang dihasilkan sebagai rujukan.

Sila klik link di bawah ๐Ÿ‘‡ untuk maklumat lanjut.

2.1.2 Pemilihan Teknologi Yang Sesuai Dengan Produk Yang Hendak Dihasilkan

RBT Tingkatan 3 Penghasilan Produk. 2.1.3 Merancang Konsep Elemen dan Prinsip Reka Bentuk Produk

Penghasilan Produk merupakan aktiviti membangunkan suatu produk baharu atau mengubahsuai produk sedia ada dipasaran dengan mengaplikasikan teknologi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Penghasilan produk sama ada produk dalam bentuk barang atau perkhidmatan mesti dirancang dengan sistematik dan melibatkan beberapa langkah utama seperti, Kajian keperluan pelanggan, Penyelesaian masalah inventif, Projek Brief, Pemilihan teknologi yang sesuai dan sebagainya. Langkah langkah ini sangat penting bagi memastikan produk yang akan dihasilkan nanti benar-benar dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dari aspek reka bentuk dan kefungsiannya.

Di sini disertakan link untuk nota Merancang Konsep Elemen dan Prinsip Reka Bentuk untuk rujukan.  

Sila klik link di bawah ๐Ÿ‘‡untuk maklumat lanjut.

2.1.3 Merancang Konsep Elemen dan Prinsip Reka Bentuk 

Monday, 19 June 2023

RBT Tingkatan 3 Bab 2 Penghasilan Produk.

Salam sejahtera semua. 

Bersama ini disertakan link untuk nota pembelajaran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) bagi memudahkan murid-murid belajar dan membuat ulangkaji.

Sila klik link di bawah ๐Ÿ‘‡


 Nota RBT Bab 2 Penghasilan Produk Tingkatan 3

Monday, 8 May 2023

RBT Tingkatan 3 Bab 1 Aplikasi Teknologi Reka Bentuk Mekatronik

Reka bentuk Mekatronik merupakan reka bentuk produk atau sistem yang menggabungan disiplin ilmu asas kejuruteraan seperti elektrik, mekatronik, elektronik, kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki. Gabungan atau kesatuan keempat-empat elemen ini membolehkan produk atau sistem berfungsi secara automatik atau separa automatik dan hanya perlu dikawal dengan menggunakan suis kawalan yang telah ditetapkan.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila tonton video bahan pengajaran di bawah. Semoga bermanfaat.

Friday, 15 April 2022

RBT Tingkatan 3 BAB 1 1. 4 Melukis gambar rajah blok produk mekatronik sedia ada

Gambar rajah blok merupakan suatu lukisan yang mewakili litar atau elemen yang dilukis dalam bentuk blok. Blok-blok ini dilukis untuk menerangkan fungsi elemen asas kejuruteraan yang terdapat dalam produk atau sistem reka bentuk mekatronik dengan mudah dan jelas untuk difahami perkaitannya antara satu elemen dengan yang lain.
Dalam melukis gambar rajah blok terdapat beberapa perkara penting yang harus difahami dan patuhi seperti jenis garisan yang digunakan dan kegunaan anak panah yang terdapat dalam lukisan gambar rajah blok tersebut.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila tontoni video bahan pengajaran di bawah. Semoga bermanfaat. 

Tuesday, 28 September 2021

Tuturiol Cara Membuat Projek RBT

Salam sejahtera semua. Pada posting kali ini, saya akan kongsikan cara membuat projek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Video ini akan mengajar kita dari mula hingga akhir, langkah demi langkah  membuat atau menghasilkan produk berfungsi seperti yang dikehendaki dalam DSKP mata pelajaran RBT. 

Seperti yang kita semua maklum, dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Penghasilan Produk atau Projek merupakan satu elemen penting dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Dalam kontek ini semua murid tingkatan 3 yang mengambil mata pelajaran RBT wajib menghasilkan satu produk sebagai projeknya berserta dengan pendokumtasiannya. Sila tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara dan langkah membuat projek iaitu menghasilkan produk tersebut. Semoga bermanfaat.

Saturday, 11 September 2021

Folio Kerja Kursus RBT Tingkatan 3

Laporan Pendokumentasian Produk mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan komponen wajib dalam Pentaksiran Tingkatan 3. Setiap orang murid tingkatan tiga wajib membuat laporan pendokumentasian produk bagi membantu mereka lulus dalam PT3. 

Mata pelajaran RBT memberi peluang kepada murid mengabungjalinkan kemahiran mereka bentuk dan teknologi dengan berfikir secara kreatif untuk menghasilkan produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara menulis laporan pendokumentasian produk, sila tontoni video di bawah. Semoga bermanfaat.

Friday, 27 August 2021

Laporan Pendokumentasian (Folio) Kerja Kursus RBT Tingkatan 3

Laporan penghasilan produk atau lebih dikenali sebagai Folio Kerja Kursus bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan pelengkap kepada sesi pembelajaran dan pengajaran yang ditekankan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

RBT memberi peluang kepada murid mengabungjalinkan kemahiran mereka bentuk dan teknologi dengan berfikir secara kreatif untuk menghasilkan produk bagi memenuhi keperluan manusia. KSSM RBT, memberi fokus kepada empat domain utama iaitu,apresiasi reka bentuk, aplikasi teknologi, pembuatan produk dan penilaian reka bentuk produk. Di sinilah murid akan membuat laporan atau pendokumentasian penghasilan produk juga dikenali sebagai Folio untuk menerangkan perincian tentang produk yang dihasilkan. Sila tonton video mengenai panduan laporan penghasilan produk di bawah bagi memudahkan membuat Folio Kerja Kursus .


Monday, 9 August 2021

RBT Tingkatan 3 Bab 3 3.1.6 Merumus Reka Bentuk Pengiklanan Yang dipilih

Membuat rumusan kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih amat penting bagi seseorang pengeluar, peniaga serta pengusaha perkhidmatan. Rumusan bagi kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih perlu dilakukan agar penambahbaikan dapat dilaksanakan sebelum reka bentuk pengiklanan dihasilkan. Setiap kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih, perlu dianalisis berdasarkan ciri-ciri pengiklanan yang berkesan. 

Antara cir-ciri pengiklanan yang berkesan adalah seperti kreatif, memberikan impak, menpunyai mesej yang jelas, mengandungi maklumat yang tepat, mudah diingati dan mempunyai unsur-unsur yang unik. Untuk mengetahui dengan lanjut tontoni video di bawah. Semoga bermanfaat.

Saturday, 7 August 2021

RBT Tingkatan 3 3.1.5 Menganalisis Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan Yang Dipilih

Setiap pengeluar akan berusaha untuk memastikan produk yang dihasilkan mampu bersaing di pasaran. Ini adalah untuk memastikan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan mendapat sambutan dan permintaan pengguna. Pemilihan kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai perlu diberi perhatian bagi memastikan maklumat sampai ke kepada pengguna.

Kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih perlu dianalisis untuk menghasilkan reka bentuk pengiklanan yang sesuai dengan produk yang dihasilkan. Analisis yang dilakukan perlu mengambil kira ciri-ciri pengiklan yang berkesan. Tontoni video dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri pengiklanan yang berkesan. Semoga bermanfaat.

Wednesday, 28 July 2021

RBT Tingkatan 3 Bab 3 3.1.4 Memilih Kaedah Pengiklanan Yang Sesuai Untuk Mengiklankan Produk Yang Dihasilkan

Setiap pengeluar akan berusaha untuk memastikan produk yang dihasilkan mampu bersaing di pasaran. Pemilihan kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai perlu diberikan perhatian bagi memastikan maklumat sampai kepada pengguna dengan tepat dan jelas.

Bagi jenama atau produk yang baharu, pengiklanan penting untuk menghasilkan reka bentuk imej baharu yang tersendiri. Begitu juga dengan perkhidmatan yang baharu diperkenalkan. Hal ini demikian kerana produk tersebut dibezakan dengan produk pesaing yang lain. Elemen dan prinsip reka bentuk perlu diaplikasikan untuk menghasilkan reka bentuk pengiklanan yang berkesan. Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut sila tontoni video di bawah. Semoga bermanfaat.

Tuesday, 27 July 2021

RBT Tingkatan 3 Bab 3 3.1 Reka Bentuk Dalam Pemasaran

Perniagaan merupakan aktiviti atau kegiatan mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Dalam memastikan produk dan perkhidmatan sampai ke tangan pengguna dengan selamat dan sempurna, peranan dan aktiviti pemasaran diperlukan. 

Pemasaran adalah aktiviti atau kegiatan menyalur dan mengagihkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar sehingga sampai kepada pengguna akhir. Dalam memastikan produk dan perkhidmatan ini dapat sampai kepada pengguna dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan, maka beberapa aspek penting  perlu diambilkira dalam proses pemasaran. Antaranya adalah  peranan reka bentuk dalam pemasaran, kaedah atau strategi pemasaran serta bantuan kepada pemasaran seperti promosi dan pengiklanan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai reka bentuk dalam perniagaan serta reka bentuk sebagai instrumen pemasaran, sila tontoni dan fahami video di bawah. Semoga bermanfaat.


Friday, 9 July 2021

RBT Tingkatan 3 3.1.3 Mengenal pasti Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan

Bagi memasarkan produk atau perkhidmatan kepada pengguna, promosi perlu dilakukan bagi menyaingi produk-produk atau perkhidmatan yang sedia ada dipasaran. Promosi penting bagi memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan kepada pengguna. 

Jenis promosi yang digunakan bergantung kepada jenis produk, pengguna sasaran, luas pasaran dan sebagainya. Pengiklanan merupakan salah satu daripada jenis promosi yang biasa digunakan oleh pengeluar bagi memasarkan produk mereka.

Pengiklanan bermaksud sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi dan ditujukan kepada golongan sasaran. Pengiklanan bertujuan untuk mempromosikan, memperkenalkan, meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk, perkhidmatan atau idea penaja yang tertentu.

Reka bentuk pengiklanan ialah karya dalam bentuk audio dan visual yang dicipta serta disusun untuk digunakan dalam iklan dengan tujuan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan. Bagi memastikan sesuatu pengiklanan berkesan, pengeluar perlu mengetahui kaedah reka bentuk pengiklanan yang terbaik untuk memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan mereka. Kaedah reka bentuk pengiklanan ialah cara maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan disampaikan oleh pengeluar kepada pengguna. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci sila klik pautan/link di bawah. 

Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan

Wednesday, 30 June 2021

RBT Tingkatan 3 Bab 3 3.1.2 Peranan Reka Bentuk Dalam Pemasaran

Perniagaan merupakan aktiviti atau kegiatan mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Sesuatu produk atau perkhidmatan yang ingin dipasarkan  harus diiklankan agar cepat dikenali oleh pengguna. Reka bentuk pengiklanan merupakan instrumen penting dalam pemasaran produk mahupun perkhidmatan. Pengiklanan berperanan untuk menyampaikan maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang telah direka bentuk oleh pengeluar kepada pengguna. Pengiklanan boleh dilakukan melalui pelbagai medium seperti media elektronik, media cetak dan media sosial. Dalam memastikan produk dan perkhidmatan sampai ke tangan pengguna dengan selamat dan sempurna, peranan dan aktiviti pemasaran amat dititikberatkan.

Reka bentuk produk yang dipersembahkan dengan baik memainkan peranan penting dalam pemasaran bagi menarik perhatian dan minat pengguna. Dalam memastikan produk dan perkhidmatan ini dapat sampai kepada pengguna dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan, maka beberapa aspek penting perlu diambilkira dalam proses pemasaran. Antaranya adalah peranan reka bentuk dalam pemasaran, kaedah atau strategi pemasaran serta bantuan kepada pemasaran seperti promosi dan pengiklanan. 

Peranan reka bentuk dalam pemasaran terbahagi kepada tiga iaitu memenui keperluan dan kehendak pengguna, merupakan saluran komunikasi antara pengeluar dan pengguna serta mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk.

Untuk mengikuti dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peranan reka bentuk dalam pemasaran, sila tontoni video melaluo pautan atau link di bawah.

Peranan Reka Bentuk Dalam Pemasaran

Sunday, 20 June 2021

RBT Tingkatan 3 Bab 3 Reka Bentuk Dalam Perniagaan

Perniagaan merupakan aktiviti atau kegiatan mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Dalam memastikan produk dan perkhidmatan sampai ke tangan pengguna dengan selamat dan sempurna, peranan dan aktiviti pemasaran diperlukan. 

Pemasaran adalah aktiviti atau kegiatan menyalur dan mengagihkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar sehingga sampai kepada pengguna akhir. Dalam memastikan produk dan perkhidmatan ini dapat sampai kepada pengguna dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan, maka beberapa aspek penting  perlu diambilkira dalam proses pemasaran. Antaranya adalah  peranan reka bentuk dalam pemasaran, kaedah atau strategi pemasaran serta bantuan kepada pemasaran seperti promosi dan pengiklanan.

Untuk mengikuti dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai reka bentuk dalam perniagaan serta reka bentuk sebagai instrumen pemasaran, sila tontoni video melalui pautan atau link di bawah.

Sila klik pautan di bawah ๐Ÿ‘‡ untuk keterangan lebih lanjut.


        Reka Bentuk Sebagai Instrumen Pemasaran

Wednesday, 16 June 2021

RBT Tingkatan 3 Bab 2 Pembangunan Produk. 2.1.5 Jadual Kerja dan Bajet

Dalam menghasilkan sesuatu produk baru atau mengubahsuaikan produk sedia, perancangan yang sistematik dan teratur sangat penting dan harus diberikan keutamaan. Ini adalah untuk memastikan penghasilan produk itu dapat di laksanakan dengan lancar tampa gangguan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Dalam situasi ini, aspek perancangan jadual kerja dan bajet adalah perkara yang harus ditekankan. Dalam merancang jadual kerja yang sistematik, terdapat beberapa perkara utama yang penting seperti menentukan bentuk jadual yang sesuai dan mudah diikuti, mengumpul dan menyusun aktiviti, merancang anggaran masa, anggaran kos dan sebagainya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila tonton video mengenai perancangan jadual kerja dan bajet melalui pautan di bawah. 

Sila klik link atau pautan di bawah untuk keterangan lanjut.

          Perancangan Jadual Kerja dan Bajet

Wednesday, 9 June 2021

RBT Bab2 Pembangunan Produk 2.1.1 Penghasilan Produk

 Salam  Sejahtera.

Bersyukur, sekali lagi dapat berkongsi info sesama kita demi memudahkan sesama kita yang memerlukannya. Berpesan-pesanlah sesama kita, supaya yang baik itu dikongsikan bersama untuk manfaat semua. 

Dikesempatan ini, saya ingin kongsikan bahan pengajaran dan pembelajaran (PDP) untuk memudahkan semua yang memerlukannya baik guru atau murid. Penghasilan produk merupakan tugasan yang memerlukan perancangan yang sistematik dan teratur supaya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kegagalan merancang  dengan sistematik, boleh merencatkan usaha untuk menghasilkan produk. Sila tonton video melalui link di bawah untuk melihat langkah demi langkah proses penghasilan produk yang lengkap. 

Sila klik link di bawah ๐Ÿ‘‡untuk mengetahuinya;

              2.1.1 Penghasilan Produk


Saturday, 5 June 2021

Projek Reka Bentuk dan Teknologi RBT Tingkatan 3

 Salam  Sejahtera,

Menghasilkan produk yang sempurna dengan sifat boleh berfungsi sepenuhnya atau berfungsi separuh merupakan standard kandungan dalam DSKP RBT tingkatan 3. Setiap orang murid tingkatan 3 dikehendaki menghasilkan satu produk berfungsi dengan mengabungkan sekurang-kurangnya dua aplikasi teknologi yang telah dipelajari dalam tingkatan 1 dan 2 lepngakp dengan buku folio.

Di sini dikongsikan contoh projek RBT tingkatan tiga untuk rujukan bagi memudahkan murid dan guru melaksanakan standard kandungan dalam bab 2 Penghasilan Produk.

Sila klik link di bawah ๐Ÿ‘‡ untuk menonton dan memahaminya.

                       Penghasilan Produk RBT T3


                      Contoh Projek RBT

Ketahui Lebih Lanjut